Rabu, Jun 10, 2009

Kaedah Mahkamah + PPSMI + Kaedah Mokhdar = Ideologi Mokhtar Hj Mansor

Boleh caya ke kaedah Mokhdar ini? Iklan kat akhbar panjang berjela macam cerpen, laman web dia pula macam novel. Kebanyakan testimonial di tulis semula berbentuk cerpen, tak pasti sama ada pengalaman dia atau peserta. Biasanya "posting" blog dihantar sendiri oleh pengendali blog, ie. en Mokhtar sendiri yang hantar. Oleh itu ketelusan testimonial boleh lah diragui.

Sukar untuk mencari blog atau laman web yang menceritakan kaedah Mokhdar, maksud aku selain daripada blog2 dan laman web yang dikendalikan oleh Mokhtar sendiri. Kebanyakan laman-laman forum di "spam"kan oleh stafnya sendiri, "bengkel melahirkan genius sains dan matematik ... bla, bla". Tiba-tiba terjumpa satu blog, posting dia tak banyak, tak jelas juga, tetapi komen2 panjang berjela-jela dan salah satu daripada komen2 itu adalah daripada en Mokhtar hj Mansor sendiri.



Petikan daripada blog 90o:
Mokhtar Hj Mansor said...

Saya dah baca perkataan-perkataan anda, dan saya fahami penghinaan anda di sebalik kata-kata anda,tetapi saya tak faham apa maksud kata-kata anda dan seterusnya, tak tak faham apa maksud dan tujuan anda. (Ingat? kata-kata dalam dialog sebuah drama Shakespeare, "I understand the fury in your words, but not your words)".Minta hubungi saya .. tak usah risau, walaupun anda menghina saya, saya dapat terima penghinaan orang. Kata-kata anda "Kaedah Mokhdar xberjaya mencerdikkan saya. Konon perasan bijak pandai nak mengajar si anak orang" - bukan sahaja menghina tetapi juga mencukupi untuk membawa anda ke mahkamah dan mungkin menjadikan saya lebih kaya - atau mungkin anda tidak mampu membayar gantirugi yang mungkin diperintahkan mahkamah yang menyebabkan anda boleh jadi bankrap tanpa berhutang secara nyata. Namun saya cuba mengandaikan yang anda mungkin keliru atau tidak begitu memahami apa itu kaedah Mokhdar dan apa falsafah di sebaliknya, atau anda mungkin salah seorang daripada 10% peserta program Mokhdar yang tidak mengalami apa-apa perubahan setelah menjalani program Mokhdar. Saya mempunyai senarai yang panjang mengandungi mereka yang telah mendapat faedah terbaik dari program ini dan saya akan buktikan kepada anda - atau di mahkamah. Walau apa pun, hubungi saya, Mokhtar Hj Mansor 019-2605162.


Sombongnya orang tua ini, malah kenyataan dia adalah satu bentuk ugutan. Dan komen seterusnya juga memihak kepada dia (maki-maki) dan menurut komen2 seterusnya, kedua-dua pengomen itu adalah anak en Mokhtar sendiri.

Posting itu bermula dengan ngomel2an seorang cikgu, pemilik blog peribadi itu. Petikannya blog:

Cikgu yang perasan
Saya beli buku ini sewaktu umur 22 tahun beberapa bulan. Saya baru tersedar betapa pentingnya ilmu hisab di zaman ini. Kaedah Mokhdar xberjaya mencerdikkan saya. Konon perasan bijak pandai nak mengajar si anak orang.

Saya: so far, topic apa yang tak faham?
Dia: lokai tak berapa faham lah
Saya: [monolog dalaman saje] ape jadah pulak lokai ni? Masa aku blaja dulu xde pulak nama lokai. Aiseh, mintak mahap dengan kecerdikan aku ni.
[bersuara] La...lokai ke, senang je tu. Tula topik paling kacang sekali. Okay, takpe. Next week kita revise lokai.
Dia: Okait.
Balik umah belek2 buku kesayangan. Oh,simpatilah dengan saya.
Loci in two dimension
Tahun 1999 saya belajar, lokus dalam dua dimensi...Topik ini yang berjaya membuatkan matematik saya hancus..
Lokai hangguk hang!

Kesimpulan: Sila jangan bodoh sombong.

p/s: harap2 Dia x baca blog saya
--- dLa IS THE NAME pada 6:03 PM


Akhirnya bekas-bekas peserta bengkel Mokhdar masuk campur, dan kesudahannya adalah satu jenaka. Blog yang dimaksudkan, sila layari : http://fadhilawati.blogspot.com/2008/10/cikgu-yang-perasan.html. Bravo!

Siapa ada maklumat lain, terutama bekas2 peserta yang ditipu oleh Mokhtar jika boleh tolong sahkan mengenai isu buku kaedah Mokhdar yang disuruh beli, dibeli tetapi bukunya tiada. Maaf! Mokhtar & kuncu2nya tidak akan dilayan.

Sekian.

Tiada ulasan: