Isnin, Disember 07, 2009

Akademi Mokhdar, fantasi vs realiti

Terlebih dahulu aku mengucapkan terima kasih kepada mokhtar dan anak beranaknya serta tidak lupa juga machai-machai si mokhtar tu kerana sering mengunjungi blog ini sampai ter-rindu-rindukan bila blog ini akan diupdate. Soli le aku telupa aku ada blog seperti ini, haa, ha, ha..

Posting ini mungkin panjang berjela, tapi sila baca sampai abis kerana tugas aku menghuraikan karut marut si mokhtar mungkin dah selesai sampai sini. Kerajaan pun dah berjanji untuk memansuhkan ppsmi sepenuhnya menjelang tahun 2012. Oleh itu blog ini “mungkin” berakhir sampai di sini.

Blog ini aku bina kerana diberitahu oleh si mokhtar sendiri bahawa dialah antara balachi yang mencetuskan PPSMI. Kerana sikap mokhtar yang suka sodol sana sondol sini, dengan harapan apabila duit jatuh dia boleh telan dengan lahapnya, ramai anak tempatan anak Melayu yang keciciran akibat agenda PPSMI itu. Yang berjaya dengan PPSMI oke ler, tapi kalau yang gagal mengikuti PPSMI impak kegagalannya terhadap individu itu sangat teruk. Hanya layak menjadi operator kilang, jaga atau yang setara dengannya, itu pun sekarang jawatan seperti ini perlu bersaing dengan warga asing. Klik link berikut dan baca sampai habis.

Sabtu, Jun 27, 2009

Benarkah Perkataan Panjang Menyebabkan Melayu Jadi Lembap?

Petikan dari blog http://mokhtarhjmansor.blogspot.com/:
"DEMI KEMAJUAN BANGSA DAN BAHASA MELAYU YANG TERCINTA, BAHASA MELAYU HENDAKLAH DIJADIKAN SEMAKIN PADAT DAN BUKANNYA SEMAKIN LOMPONG. INI BERERTI, UNGKAPAN DI DALAM BAHASA MELAYU HENDAKLAH JADI SEMAKIN PADAT DAN PERKATAAN DI DALAM BAHASA MELAYU HENDAKLAH JADI SEMAKIN PENDEK DAN BUKANNYA MAKIN PANJANG"

Sejauh mana asas kenyataan Mokhtar Hj Mansor? Dahulunya, dia menjalankan uji kaji tikus putih yang seakan sama tetapi gagal.

Rabu, Jun 10, 2009

Kaedah Mahkamah + PPSMI + Kaedah Mokhdar = Ideologi Mokhtar Hj Mansor

Boleh caya ke kaedah Mokhdar ini? Iklan kat akhbar panjang berjela macam cerpen, laman web dia pula macam novel. Kebanyakan testimonial di tulis semula berbentuk cerpen, tak pasti sama ada pengalaman dia atau peserta. Biasanya "posting" blog dihantar sendiri oleh pengendali blog, ie. en Mokhtar sendiri yang hantar. Oleh itu ketelusan testimonial boleh lah diragui.

Sukar untuk mencari blog atau laman web yang menceritakan kaedah Mokhdar, maksud aku selain daripada blog2 dan laman web yang dikendalikan oleh Mokhtar sendiri. Kebanyakan laman-laman forum di "spam"kan oleh stafnya sendiri, "bengkel melahirkan genius sains dan matematik ... bla, bla". Tiba-tiba terjumpa satu blog, posting dia tak banyak, tak jelas juga, tetapi komen2 panjang berjela-jela dan salah satu daripada komen2 itu adalah daripada en Mokhtar hj Mansor sendiri.

Khamis, Jun 04, 2009

Di sebalik PPSMI

Tidak ramai rakyat Malaysia yang mengetahui apakah punca dan asal usul kenapa subjek sains dan matematik diarahkan oleh kerajaan supaya diinggeriskan. Apakah peristiwa yang berlaku di sebalik PPSMI ini ? Kenapa baru sekarang hendak bersuara secara agresif mengenai PPSMI tidak sewaktu ia mula-mula hendak dilaksanakan? Ramai yang tidak mengetahui bahawa kita rakyat Malaysia menjadi buah catur ahli-ahli politik dan juga semi intelektual (pengampu-pengampu yang mendakwa dirinya bijak pandai, baju nampak intelektual tetapi pemakainya adalah bangang dan bangsat). Sampai bila kita rakyat Malaysia hendak dipermain-mainkan dan diperbodoh-bodohkan mereka? Bukankah Tuhan (Allah SWT) memberi kita akal supaya kita dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk dengan ilmu pengetahuan (bukan dengan nafsu)?.

Kesan PPSMI mula dirasai oleh rakyat Malaysia, kegagalan menguasai bahasa Inggeris adalah suatu kegagalan hidup di bumi sendiri yang satu ketika dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu. Apa tidaknya, jika seseorang itu gagal menguasai bahasa Inggeris, dia tidak berpeluang untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan lain seperti Sains, Matematik, Teknologi Maklumat, Ekonomi dan sebagainya. Bagaimana seseorang itu hendak mempelajarinya sedangkan dia tidak mengerti apa yang diterangkan dalam pengajaran yang penuh hipokrit. Jika dahulu orang Melayu yang tidak fasih berbahasa Inggeris masih boleh melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi dan kemudian menjadi jurutera, arkitek, guru, saintis, ekonomis, pensyarah, doktor, programmer dan lain-lain. Tapi kini keajaiban seperti itu tidak berlaku lagi kerana telah dihalang dan dibasmi di peringkat awal. Untuk apa? Apakah nasib dan masa depan, generasi dahulu dengan sistem lama yang masih bernyawa dan juga generasi sekarang dengan sistem yang gagal? Ke manakah hala tuju hidup mereka? Tidak hairanlah jika mereka yang gagal akan terjerumus ke dalam gejala-gejala sosial. Ini pun si bangsat-bangsat di luar sana masih nak nafikan (kata mereka tiada kaitan antara gejala mat rempit, dadah, ragut, rompak DLL dengan PPSMI). Si-si pembangkang pula jangan jadi bangang dengan mempolitikkan isu ini sehingga memberi manfaat kepada bangsat-bangsat negara.

Ahad, Mei 31, 2009

Perjuangan palsu yang menduka citakan

Blog ini dicipta bagi mendedahkan kepalsuan perjuangan Mokhtar Hj Mansor. Beliau bukan sahaja cuba merosakkan bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Malah beliaulah yang bertanggung jawab melobi kerajaan pada suatu ketika dahulu dan mencanangkan penggantian bahasa untuk subjek Sains dan Matematik. Beliaulah yang telah menghasut bekas PM dan menteri-menteri dengan perjuangan Melayu yang palsu. Malah dengan muka tak malu tanpa segan-segan dia mengisytiharkan perang ke atas bahasa Melayu dan menghina masyarakat Melayu sendiri. Kejahatan beliau tidak dapat dimaafkan.

Blog ini akan mengumpulkan rekod-rekod dan laporan pembohongan beliau. Terdapat laporan yang mengatakan beliau menipu peserta2 yang mengikuti bengkel beliau dengan menjual sesuatu yang tiada.

BLOG dalam pembinaan. Harap maaf.