Isnin, Disember 07, 2009

Akademi Mokhdar, fantasi vs realiti

Terlebih dahulu aku mengucapkan terima kasih kepada mokhtar dan anak beranaknya serta tidak lupa juga machai-machai si mokhtar tu kerana sering mengunjungi blog ini sampai ter-rindu-rindukan bila blog ini akan diupdate. Soli le aku telupa aku ada blog seperti ini, haa, ha, ha..

Posting ini mungkin panjang berjela, tapi sila baca sampai abis kerana tugas aku menghuraikan karut marut si mokhtar mungkin dah selesai sampai sini. Kerajaan pun dah berjanji untuk memansuhkan ppsmi sepenuhnya menjelang tahun 2012. Oleh itu blog ini “mungkin” berakhir sampai di sini.

Blog ini aku bina kerana diberitahu oleh si mokhtar sendiri bahawa dialah antara balachi yang mencetuskan PPSMI. Kerana sikap mokhtar yang suka sodol sana sondol sini, dengan harapan apabila duit jatuh dia boleh telan dengan lahapnya, ramai anak tempatan anak Melayu yang keciciran akibat agenda PPSMI itu. Yang berjaya dengan PPSMI oke ler, tapi kalau yang gagal mengikuti PPSMI impak kegagalannya terhadap individu itu sangat teruk. Hanya layak menjadi operator kilang, jaga atau yang setara dengannya, itu pun sekarang jawatan seperti ini perlu bersaing dengan warga asing. Klik link berikut dan baca sampai habis.