Khamis, Jun 04, 2009

Di sebalik PPSMI

Tidak ramai rakyat Malaysia yang mengetahui apakah punca dan asal usul kenapa subjek sains dan matematik diarahkan oleh kerajaan supaya diinggeriskan. Apakah peristiwa yang berlaku di sebalik PPSMI ini ? Kenapa baru sekarang hendak bersuara secara agresif mengenai PPSMI tidak sewaktu ia mula-mula hendak dilaksanakan? Ramai yang tidak mengetahui bahawa kita rakyat Malaysia menjadi buah catur ahli-ahli politik dan juga semi intelektual (pengampu-pengampu yang mendakwa dirinya bijak pandai, baju nampak intelektual tetapi pemakainya adalah bangang dan bangsat). Sampai bila kita rakyat Malaysia hendak dipermain-mainkan dan diperbodoh-bodohkan mereka? Bukankah Tuhan (Allah SWT) memberi kita akal supaya kita dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk dengan ilmu pengetahuan (bukan dengan nafsu)?.

Kesan PPSMI mula dirasai oleh rakyat Malaysia, kegagalan menguasai bahasa Inggeris adalah suatu kegagalan hidup di bumi sendiri yang satu ketika dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu. Apa tidaknya, jika seseorang itu gagal menguasai bahasa Inggeris, dia tidak berpeluang untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan lain seperti Sains, Matematik, Teknologi Maklumat, Ekonomi dan sebagainya. Bagaimana seseorang itu hendak mempelajarinya sedangkan dia tidak mengerti apa yang diterangkan dalam pengajaran yang penuh hipokrit. Jika dahulu orang Melayu yang tidak fasih berbahasa Inggeris masih boleh melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi dan kemudian menjadi jurutera, arkitek, guru, saintis, ekonomis, pensyarah, doktor, programmer dan lain-lain. Tapi kini keajaiban seperti itu tidak berlaku lagi kerana telah dihalang dan dibasmi di peringkat awal. Untuk apa? Apakah nasib dan masa depan, generasi dahulu dengan sistem lama yang masih bernyawa dan juga generasi sekarang dengan sistem yang gagal? Ke manakah hala tuju hidup mereka? Tidak hairanlah jika mereka yang gagal akan terjerumus ke dalam gejala-gejala sosial. Ini pun si bangsat-bangsat di luar sana masih nak nafikan (kata mereka tiada kaitan antara gejala mat rempit, dadah, ragut, rompak DLL dengan PPSMI). Si-si pembangkang pula jangan jadi bangang dengan mempolitikkan isu ini sehingga memberi manfaat kepada bangsat-bangsat negara.



Berbalik kepada isu PPSMI, petikan dari blog dan buku karangan Mokhtar Hj Mansor.

Mulanya saya menghantar surat kepada Perdana Menteri dengan salinan kepada ramai tokoh politik, akademik dan sebagainya, meminta supaya Matematik diajar di dalam bahasa Inggeris bagi mengatasi masalah murid Melayu lemah Matematik. Surat terakhir saya hantar pada 1989 sepanjang 200 muka surat tidak juga berbalas, lalu saya usahakan penerbitannya, diterbitkan sebagai 'Bahasa dan Tamadun Bangsa' (1990) dan diterbitkan dengan wajah baru setahun kemudiannya di bawah tajuk "Revolusi Bahasa Bahasa Revolusi" dan di edar ke hampir semua kedai buku di seluruh negara. Tiba-tiba Utusan Malaysia membuat preview eksklusif terhadap buku tersebut dan menyifatkannya sebagai buku yang wajib dibaca oleh setiap rakyat yang mahu berjaya (Utusan Malaysia 17 hb Julai 1991).

Tak lama kemudian saya dapati banyak ucapan pemimpin yang bagaikan ada kaitan dengan kandungan buku tersebut.

Jika seseorang itu benar-benar genius, beliau tidak akan menyelesaikan masalah yang kecil dengan mencipta masalah yang lebih besar (seolah-olah mengaburi kegagalannya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang kecil). Bekas hakim yang gila glamor (Mokhtar Hj Mansor) cuba melobi-lobi bekas PM pada masa itu (che det) dan menteri-menterinya agar subjek sains dan matematik di ajar dalam bahasa Inggeris (diinggeriskan). Walau bagaimana pun Mokhtar Hj Mansor gagal membuktikan kejayaan dakwaannya ini ke atas anak-anak kandungnya sendiri. Ringkasnya anak-anak kandungnya menjadi tikus putih uji kaji keangkuhan dia dan dalam masa yang sama dia mahu menjadikan rakyat Malaysia sebagai buah catur dalam permainan beliau.

Kegagalan ini ditutup dengan agenda perjuangan Melayu dalam karya beliau "Revolusi Bahasa Bahasa Revolusi". Meskipun kebadutan beliau tidak dilayan oleh ahli-ahli politik dalam kabinet pada peringkat awal, namun propaganda "perjuangan Melayu" menarik perhatian mereka kerana ia memberi suatu inspirasi baru dalam mengukuhkan politik mereka. "... buku yang wajib dibaca oleh setiap rakyat yang mahu berjaya ...", jadi sama ada untuk menampakkan mereka sama bijak atau lebih bijak atau tidak bodoh atau tidak ketinggalan dalam rentak baru atau mereka nampak peluang2/kepentingan baru dalam perniagaan atau politik maka ahli-ahli politik itu telah menerima agenda penginggerisan sains dan matematik dalam perjuangan Melayu. Dan ahli-ahli politik ini mempertahankan langkah PPSMI ini agar tidak kelihatan seiringan dengan politik-politik lawan. Suatu yang berlawanan dan unik berbanding politik2 lawan.

Akhirnya dapatlah beliau dengan gahnya mencanangkan "perdana menteri dan menteri-menterinya pun dengar cakap aku". Akan tetapi tikus-tikus putih anak kandungnya gagal dan prestasi mereka dalam subjek sains dan matematik di sekolah kian merosot, oleh itu uji kaji memaksa anak-anak tikus dengan kaedah PPSMI gagal pada dirinya dan keluarganya. Pada masa yang sama beliau begitu terhimpit oleh masalah kewangan di mana beliau akan di saman sana-sini, bil-bil tertunggak, hutang piutang dan juga keperluan hidup yang mendesak. Adakah Mokhtar ini seorang pemboros sehingga terlalu banyak berhutang? Sebagai peguam yang bijak membelit dia perlu mencipta sesuatu sebagai jalan keluar atau untuk menjaga kredibiliti beliau di pandangan umum.

Idea bangang menginggeriskan subjek sains dan matematik menerusi buku "Revolusi Bahasa Bahasa Revolusi" adalah untuk mendapatkan publisiti dan keuntungan menerusi jualan buku itu dengan harapan beliau boleh menjadi kaya-raya. Akan tetapi impiannya gagal, sebaliknya buku itu telah menambah kerugian pada pihaknya. Demi menjaga reputasi beliau sebagai peguam, bekas hakim, bekas majistret dan lain-lain, maka beliau begitu terdesak sehingga sanggup mengorbankan anak bangsa sendiri. Lalu dia mengiklankan kaedah atau bahasa alternatif beliau (kononnya ciptaan beliau) yang dikenali sebagai bahasa Mokhdar. Jika bahasa ini diterima pakai maka bolehlah dia dan keturunan dia mendapat royalti besar daripada kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia sendiri. Fakta ini boleh dirujuk daripada laman-laman web dan blog beliau sendiri.

Petikan dari blog dia sendiri (perjuangan palsu):

Bukan sahaja penerbitan buku tersebut tidak menjadikan saya sebagai seorang yang kaya sebagaimana sangkaan saya sebelumnya, malah meng'kayap'kan saya, tetapi juga, langkah saya memaksa anak-anak supaya melakukan aktiviti matematik di dalam bahasa Inggeris sewaktu mereka di rumah, terutamanya sewaktu saya membimbing mereka menyelesaikan latihan matematik yang dibekalkan oleh guru-guru sekolah mereka, menyebabkan prestasi mereka di dalam subjek matematik dan juga subjek-subjek lain menurun dengan ketara. Ini bertentangan sama sekali dengan apa yang saya katakan di dalam Revolusi Bahasa Bahasa Revolusi, bahawa setelah bahasa Inggeris digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran matematik, pelajar akan melonjak cemerlang di dalam subjek matematik dan seterusnya, subjek-subjek sains.

Oleh itu agenda "perjuangan Melayu" yang didakwanya dalam akhbar-akhbar adalah suatu pembohongan semata-mata. Matlamatnya adalah egoistik, keuntungan dan menyelesaikan krisis kewangan peribadinya sahaja. Kaedah aritmetik yang dengan tak malu dia namakan sebagai kaedah Mokhdar adalah bertunjangkan Bahasa Melayu. Bahasa yang beliau hina-hinakan, caci-maki, lekeh-lekehkan dan fitnahkan. Beliau bukan sahaja mengecam bahasa Melayu malah bangsa Melayu sendiri. Katanya :
  • kegagalan Melayu dalam perniagaan
  • Perkataan lebih panjang - emosi lebih tinggi
  • Kenapa lawak Melayu slapstik?
  • Kenapa Melayu malas membaca?
  • Pelajar Melayu lemah sains dan matematik
  • Kenapa filem 'action' Melayu tampak lembap
  • Sukar berbicara di dalam lagu
  • Dan mungkin juga "gen Melayu bangang"

Semuanya adalah kerana berpunca dari satu-satunya sebab iaitu sebutan atau perkataan bahasa Melayu yang panjang-panjang.

Sejak kaedah Mokhar ciptaan beliau mendapat pujian daripada akhbar2 tempatan berbahasa Melayu, dia menjadi semakin bangga diri, angkuh, takabbur, riak, ujub dan lain-lain seperti puak Yahudi, Nasrani, firaun atau pun iblis. Begitu juga dengan anak-anak tikusnya telah berevolusi menjadi anak-anak anjing. Mereka bukan saja bersikap bongkak dengan masyarakat terutama terhadap golongan biasa dan bawahan, malah dia ingat bangsa Melayu ini apa? Kucing kurap ke? Genius sangat ke dia dan keluarganya sehingga berjalan seperti merak kembang ekor?

Ada beberapa pihak yang menyedari akan hal ini cuba menyuarakan pandangan mereka. Malangnya sesiapa yang tidak bersetuju atau berpandangan lain akan dikecam atau dimaki hamun oleh dia dan keluarga dia. Di mana keintelektualan mereka? Orang itu mungkin juga akan diugut dengan kaedah-kaedah perundangan dengan ancaman mendakwa ke mahkamah dan akan menyebabkan pihak lawannya muflis. Walaupun dia adalah bekas hakim, peguam ke atau apa-apa ke, jangan ingat undang-undang negara tak punya daulat, tidak bermaruah dan boleh dipermain-mainkan dia dan keluarganya sesuka hati mereka. Mahkamah bukan tempat untuk dia berak kencing sesuka hati.

Petikan daripada blog beliau:

"Tak lama kemudian kedai buku milik sebuah parti politik itu diisytiharkan muflis dan ditutup. Penutupan kedai tersebut hanya memenuhi dendam saya...".

Wahai rakyat Malaysia, sama ada berbangsa Melayu atau bukan! Mokhtar Hj Mansor adalah pengkhianat negara, bangsa dan agama. Kita telah diserang oleh si pengkhianat ini dalam diam. Jika tuan/puan marahkan PPSMI maka tuan/puan juga perlu memarahi punca PPSMI ini iaitu. Si pengkhianat atau bangsat negara yang bernama Mokhtar Hj. Mansor.

Dia adalah salah satu sebab kenapa negara ini tidak stabil. Dialah penghasut kerajaan supaya melaksanakan dasar-dasar PPSMI. Dia lah yang menyebabkan masa hadapan sebilangan anak bangsa menjadi suram dan gelap, lalu terjebak dalam masalah sosial. Dia mengaibkan bangsa Melayu dan mencemari identiti bangsa Melayu. Dia menipu orang ramai dengan dakwaan yang kononnya kaedah Mokhdar menjadi seorang itu genius dalam subjek sains dan matematik.

Meskipun kaedah aritmetik mnemonic Melayu yang dia namakan sebagai kaedah Mokhdar (mengaku dia punya) boleh membantu dalam penghafalan, pengingatan dan meningkatkan prestasi pemprosesan aritmetik dalam minda seseorang. Itu tidak bermakna kaedah aritmetik ini boleh menggantikan subjek sains dan matematik (boleh terus menjadi genius dalam sains dan matematik). Realiti dalam kehidupan, walaupun seseorang itu mahir dan cekap dalam sifir itu tidak bermakna beliau pakar dalam matematik, sains, fizik, kimia, biologi, kejuruteraan, perakaunan, geologi dan sebagainya. Jika tidak! kenapa setiap orang dalam bangsa yang cekap dalam matematik seperti Cina, Jepun dan lain-lain, bukan semuanya saintis, jurutera, pakar matematik dan sebagainya, sebaliknya masyarakat bangsa lain juga sama seperti bangsa kita sendiri ada kerajaan ada rakyat, ada jurutera ada kontraktor, ada saintis ada petani, ada akauntan ada penjaja, ada guru ada murid, ada makan gaji ada berniaga dan seterusnya...

Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan agar tidak tertipu dengan dakwaan-dakwaan keterlaluan Mokhtar hj Mansor, dan tidak berbaloi untuk melabur dengan harga yang tinggi untuk sesuatu pulangan yang kecil dan belum terjamin. Tambahan pula, sejauh manakah kejayaan anak-anak Mokhtar sendiri yang telah dibenamkan kaedah Mokhdar dalam minda mereka. Kalau sekadar pandai sifir, orang lain yang tak belajar Mokhdar pun boleh (tengok bangsa lain). Kalau sekadar jadi pensyarah atau profesor, boleh dikatakan semua tokoh akademik terkemuka negara adalah bebas daripada ideologi Mokhtar. Malah yang tak mahir sifir pun ada yang telah menjadi profesor, jurutera, saintis, akauntan, peguam, dan apa-apa aje. Sifir dan nombor adalah sebahagian daripada kehidupan, tetapi sifir dan nombor bukan segala-galanya.

Seperkara lagi, Segala yang ada pada kita adalah nikmat-nikmat kurniaan Allah SWT. Harap si Mokhtar dan keluarganya dapat menginsafi diri mereka sendiri dan jangan bersikap takabbur seperti Firaun dan kaum Bani Israil yang dilaknat Allah SWT. Iaitu jangan mengatakan segala kejayaan adalah kerana kaedah Mokhdar atau ideologi Mokhtar, dan tak mungkin akan berjaya tanpanya. Kata-kata itu adalah seperti kata-kata Firaun dan kaum Yahudi.

Sekian.

Tiada ulasan: